top of page

 SELAMAT DATANG KE
HOTEL UITM DUNGUN

WhatsApp Image 2023-04-27 at 13.27_edite

        Dungun merupakan 1 daerah yang terletak di Pantai Timur yang masih mengekalkan ciri-ciri alam semulajadinya walaupun sudah diterokai oleh para penjelajah. Di sinilah terletaknya sebuah hotel yang diberi nama Hotel UiTM Dungun yang berhadapan dengan Laut China Selatan. Keindahan pantai, suasana tenang, sinaran matahari serta lambaian angin menjemput anda untuk berehat di sini. Percutian yang sempurna bagi  menenangkan fikiran dari kesibukan harian di bandar. 

​

       Hotel UiTM Dungun mempunyai 42 bilik, termasuk 3 suite yang direka khas untuk memastikan penginapan dan percutian anda selesa. Kami sentiasa memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

​

      Hotel UiTM Dungun menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang menarik. Jika anda berkesempatan masa untuk melawat ke hotel kami, datanglah ke Restoran Sri Molek bagi mencuba keenakan hidangan tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan  oleh chef yang penuh berpengalaman.

​

    Menawarkan perkhidmatan dan kemudahan dewan yang pelbagai guna bagi memenuhi keperluan perniagaan anda. Selain daripada mesyuarat dan seminar, anda juga boleh mengadakan majlis persendirian dengan pelbagai pakej menarik yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan anda.

  • Whatsapp
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Twitter
  • Whatsapp
  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • TikTok
bottom of page